Saturday, October 23, 2021

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT MENGINAP DI FNF LAKEVILLE SERI ISKANDAR HOMESTAY, SERI ISKANDAR, PERAK, MALAYSIA

 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT MENGINAP DI

FNF LAKEVILLE SERI ISKANDAR HOMESTAY, SERI ISKANDAR, PERAK, MALAYSIA

                                    

1) PENDAFTARAN MASUK DAN KELUAR

Daftar masuk (Check-in):   3.00 petang

Daftar keluar (Check-Out):  12.00 tengah hari

RM10 setiap jam dikenakan selepas pukul 12.00 tengah hari (sekiranya tiada tempahan hari berikutnya)

2) PEMBAYARAN DEPOSIT

Pembayaran deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempahan. Tempahan TANPA DEPOSIT tidak akan dilayan. Pelanggan perlu membayar baki tempahan yang dibuat sewaktu mendaftar masuk (check-in). Deposit tempahan tidak akan dipulangkan jika tempahan dibatalkan oleh pelanggan.

3) FNF LAKEVILLE SERI ISKANDAR HOMESTAY khusus untuk tetamu beragama Islam dan pasangan mahram sahaja.

4) Semua tetamu adalah dilarang meninggalkan barang berharga. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan di FNF LAKEVILLE SERI ISKANDAR HOMESTAY.

5) Semua tetamu hendaklah memastikan semua pintu berkunci sebelum meninggalkan FNF LAKEVILLE SERI ISKANDAR HOMESTAY.

6) Semua tetamu hendaklah memastikan semua suis elektrik / peralatan elektrik DIMATIKAN jika tidak digunakan.

7) Semua tetamu hendaklah memastikan semua suis paip air tertutup jika tidak digunakan.

8) Makanan TIDAK HALAL DI SISI ISLAM seperti ARAK, BABI DAN SEUMPAMANYA ADALAH TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk.

9) Semua tetamu adalah dilarang membawa masuk binatang / haiwan peliharaan ke dalam FNF LAKEVILLE SERI ISKANDAR HOMESTAY.

10) Semua tetamu adalah dilarang melakukan sebarang perkara maksiat di sisi agama Islam seperti berkhalwat dan sebagainya dan dilarang menyalahi undang-undang negara MALAYSIA seperti berjudi dan sebagainya.

11) Semua tetamu adalah dilarang mengubah susun atur perabot di dalam FNF LAKEVILLE SERI ISKANDAR HOMESTAY.

12) Semua tetamu adalah dilarang membawa keluar segala kemudahan di dalam FNF LAKEVILLE SERI ISKANDAR HOMESTAY. Perbuatan tersebut adalah dianggap mencuri dan pihak kami akan melaporkan kepada pihak berkuasa iaitu POLIS DI-RAJA MALAYSIA (PDRM).

13) Semua tetamu adalah dilarang memaku atau menconteng dinding di FNF LAKEVILLE SERI ISKANDAR HOMESTAY.

14) Semua tetamu adalah dilarang untuk MEROKOK DI DALAM PREMIS FNF LAKEVILLE SERI ISKANDAR HOMESTAY.

15) Semua tetamu hendaklah menjaga keharmonian kejiranan setempat di Lakeville, Bandar Universiti. Oleh itu, Semua tetamu adalah dilarang membuat bising yang keterlaluan sehingga mengangu keharmonian jiran tetangga.

16) COVID-19 ALERT: Semua tetamu adalah tertakluk kepada ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) terkini daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi yang berkaitan. Sila rujuk laman web https://www.mkn.gov.my/ untuk keterangan lanjut.

 

'Makes You Feel at Home'

 

Sekian terima kasih dan selamat beristirahat bersama keluarga.

 

FNF LAKEVILLE SERI ISKANDAR HOMESTAY

No. 13, Jalan Lakeville 6,

Bandar Universiti,

32610 Seri Iskandar,

Perak
Tel: 014-2482122

No comments:

Post a Comment

CUSTOMER REVIEW 2022 / 2023